Sunday, December 20, 2009

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah swt. Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu :

  1. Taat kepada Allah dan RasulNya
  2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

  1. Taat kepada Allah dan RasulNya
    Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah swt?
    1. Mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi dari segala-galanya.
    2. Wajib menutup aurat
    3. Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
    4. Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya mahramnya.
    5. Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
    6. Berbuat baik kepada ibu & bapa
    7. Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
    8. Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
    9. Bersikap baik terhadap tetangga
  2. Taat kepada suami
    1. Memelihara kewajiban terhadap suami
    2. Sentiasa menyenangkan suami
    3. Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
    4. Tidak cemberut di hadapan suami.
    5. Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
    6. Tidak keluar tanpa izin suami.
    7. Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
    8. Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
    9. Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
    10. Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

Thursday, December 17, 2009

KENDURI DOA SELAMAT

Assalamualaikum......
Bertemu kembali. Petang tadi kami rakan sekelas Pengajian Melayu 1 menghadiri kenduri doa selamat di rumah Dr Hj Kamarudin Abu Hassan di Sungai Udang, Melaka....
Alhamdulillah, tak disangka kami dijemput ke rumah barunya... Semoga dikukuhkan iman,panjang umur dan bertambah rezeki... Amin. Lain kali jangan lupa jemput kami lagi....

Wednesday, December 16, 2009

SALAM UKHWAH


Assalamualaikum.......
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dapat menyiapkan blog ini dengan bantuan pensyarah iaitu Dr Hj Kamaruddin bin Abu Hassan dan rakan-rakan seperjuangan. Insyaallah masih banyak lagi yang ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan sekalian. Nantikannya................

Tuesday, December 15, 2009

7 Huruf Hijaiyyah dalam Surah Al-Fatihah

Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab).

Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Jim, kha', Zai, Syin, Zho' dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut.

Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah(gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra', Alif, Tho', 'Ain, Lam, Ya', Ha'(baca nipis), Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha'. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu :

a)14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah

b)7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah

c)7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.

Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir).

Maksud fiman Allah: "Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah"

Surah Faatir : ayat 32